CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 2, 2009

Nak masuk tahun baru...

Ari nie aku bosan sangat2x..kemarin pergi Interview..semua aku x mau buat..kenapalah aku takut..ada pulak keja yang aku tak minat..jadi aku malas lah dan berusaha untuk cari kerja lain......

Saturday, August 1, 2009

Jumpa Kawan Baru..

Kemarin aku p bandar ambil report aku di Sabindo..jd sementara menunggu buku nie aku pergi lah tempat kawan aku yang baru..nama dorang..entah aku lupa udah...tp abg dia ada buka cyber cafe...aku suka tengok dorang adik beradik.....rapat sangat2x...macam kawan..aku tak sangka gak dorang adik beradik..bertapa bertuahnya lau masuk dalam family dorangkn...dorang nie rapat...aku nie...family aku..meng lah besar..tp jarang sangt2x berkumpul..lau bekumpul pun..time raya jak..huhuhuhu....
Lagi....aku tau lah napa aku boleh panik depan dorang adik beradik nie...aku problem tul...apa aku buat semua x menjadi ahahahaa....semua benda aku lupa..aku fikir report aku jak kot..sampai ketahap...benda lain aku abaikn..bayangkan jak lah..barang yg aku pegang semua hilang,jatuh n len2x....tp nasib baik lah..waktu aku panik dorang adik beradik nie banyak bantu aku..lau dorang x da..aku x tau lah apa jadi ngan report aku...x pasal2x aku boleh nangis lau x da dorang bantu...
Sekarang baru aku dapat sedar lelaki nie..jenis yang tenang lau berdanding perempuan....apa yang aku pelik sebelum nie..aku bukan lah seorang yang panik,gelabah,penakut,..tp masa wat final report nie..kepalaku nie..terganggu jak...padahal sebelum nie..aku selalu di gelar perempuan berfikiran matang, kendiri, yakin pada diri sendir dan jarang minta bantuan orang lain....mungkin Allah s.w.t nak uji aku kn... lagi...aku x sangka yg sorang tu..belajar kat Mosco...bijak gak dia ar...semoga Allah memberkatinya dn boleh enjadi Doktor yang baik...Amin...lagi satu..adik dia ckp..cinta dia d permainkan...so,sabar jak lah..cinta x semestinya memiliki...baik cari cinta pd Allah..n lau nak sangat kawin udah..wat lah solat istiqarah...mudah2xan Allah tunjukkn ..n kita p cari lah..huhuhu

Kemarin dorang adalah cerita bab2x cinta lah..alamak...urg..tetiba aku x tertarik ngan cerita dorang..sebut jak bab cinta nie.....adeh..aku trus x suka cerita bah..tekanan..cukup lah sekali jak seumur hidupku di sia2xkn...adeh..padahal baiknya udah aku nie....aku x tau lah lelaki sekarang nie....mau yang seksi2x n tau menggoda jak bah...selama aku hidup...aku jumpa lelaki yang x matang jak...cinta..entahlah aku x berminat bah...Kawin???aku berserah kepada Allah s.w.t..sesungguhnya Allah dah mengatur yang terbaik untuk hambanya..kita sebagai manusia nie...cuma perlu bersyukur dan buat ibadah banyak2x...ya Allah..berkatilah hidup ku..Amin.

Friday, July 31, 2009

Kembali Ketanah Air

Sekarang aku di Tawau dah nie terasa hati nie tenang sangat2x....hilang dari semua masalah..cuma tgal satu jak...aku mau cari keja/...keja apapun..aku mau juga x kisah lah..keja apa pun..yg penting keja..aku nak...jadi kerani pun jadilah...tp, kadang2x,...aku takut bah..entah lah...egh....hal cinta lak,,...InsyAllah....aku x kan bercinta lagi.....aku hanya tgu jodoh aku jak..aku serah pd Allah....

Monday, July 20, 2009

ada apa2x aja/...

hari ini minggu aku last praktikal.........sedih mau habis praktikal tau heeheheheheee...enthalah kemapa mcm nie wakakakakaakaa

Friday, May 1, 2009

Awal-awal pagi

hari nie aku bangun awal sangat2x nie...selalunya habis jer solat subuh aku pergilah..sambung tidur..tapi hari nie...aku,yati,jun,katy n babu..pergi mandi laut..jam6 pagi lagi kami mandi..sejuk sangt2x tau...ombak hari nie kuat sangat2x..aku hampir2x jer lemas..bila tengok ombak besar..kami berenti mandi....dan pergi gerai...gerai dekat pantai..x sangka lak...doranga ada jual nasi lemak..sedap..laupun kami dalam basah2x nie..kami x kisahpun..yang penting enjoy...ehehehe...cerita punya cerita...ada lah dengar khabar angin "Datang tulis nama,anda akan dpt RM10"apa lagi kami pergilah kat podium..dengan baju basah2x,dengan badan dah begetah2x akibat air masin huhuhu..sampai jer kami kat sana...nak tau apa yg ber laku???ada notis dalam inglish..tp aku translit lah pergi bahasa melayu yer..dia cakap"Datang lah,kami jamin kmu akan selamat dan tak akan mati" heheehehe...kami tak jadi lah nak daftar nama..alamatnya dalam minggu nie..aku makan MAGGIE jer lah..duit aku betl2x dah finish nie...nak minta ngan family malu sangat2x..bukan nya apa..baru2 nie cermin mata aku rosak..so,kena beli lah yang baru Rm200 keatas.....mana nak bayar strimix Rm 90..HUHUHUHU...susahnya nak cari duit..sabar jer lah,.....aku pasti..kalau aku sabar..pertolongan Allah pasti ada...Amin.

Saturday, April 25, 2009

13 wasiat Rasulullah kepada Ali

RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan
umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan
bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.

Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu
menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.

Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin
dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang
beriman.

Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah,
Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"

1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai
kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain
separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).

2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya
itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar:
"Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya
tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku,
sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan
Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".

4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka
dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan
muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu
berkat dan kizb (dusta) itu celaka.

5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang
berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di
pintu syurga.

6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali
dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah
tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah
mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan
sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu
menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat
kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak
dicolek selepas makan.

10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau
dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah
diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri
engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri
saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri
saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau
dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli
rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan,
nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.
InsyaAllah


Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing.

Doa Cinta

"Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidakmelebihi cintaku pada-Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semua.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidakberpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yangmerindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itumelebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cintapada-Mu,telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwahpada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah ya Allahikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilahhati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dadakami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu... . ameen Ya Robb...

"AKU CINTA PADA MU KERANA DUA SISI CINTA... AKU CINTA AKAN DIRIMU.. AKUSELALU MENGINGATI MU,BUKAN YG SELAIN MU ..ADAPUN CINTA KERANA ENGKAU PATUT DICINTAI ..AKU TIDAK MENGETAHUI ALAM SEBELUM AKU TAHU AKAN DIRI MU ..TIADAPUJI DALAM HAL INI, DAN ITU BAGI DIRI KU.. TETAPI.. PUJI DALAM HAL INI, DAN ITU ADALAH HANYA UNTUK MU.. YA RABB"