hari nie aku bangun awal sangat2x nie...selalunya habis jer solat subuh aku pergilah..sambung tidur..tapi hari nie...aku,yati,jun,katy n babu..pergi mandi laut..jam6 pagi lagi kami mandi..sejuk sangt2x tau...ombak hari nie kuat sangat2x..aku hampir2x jer lemas..bila tengok ombak besar..kami berenti mandi....dan pergi gerai...gerai dekat pantai..x sangka lak...doranga ada jual nasi lemak..sedap..laupun kami dalam basah2x nie..kami x kisahpun..yang penting enjoy...ehehehe...cerita punya cerita...ada lah dengar khabar angin "Datang tulis nama,anda akan dpt RM10"apa lagi kami pergilah kat podium..dengan baju basah2x,dengan badan dah begetah2x akibat air masin huhuhu..sampai jer kami kat sana...nak tau apa yg ber laku???ada notis dalam inglish..tp aku translit lah pergi bahasa melayu yer..dia cakap"Datang lah,kami jamin kmu akan selamat dan tak akan mati" heheehehe...kami tak jadi lah nak daftar nama..alamatnya dalam minggu nie..aku makan MAGGIE jer lah..duit aku betl2x dah finish nie...nak minta ngan family malu sangat2x..bukan nya apa..baru2 nie cermin mata aku rosak..so,kena beli lah yang baru Rm200 keatas.....mana nak bayar strimix Rm 90..HUHUHUHU...susahnya nak cari duit..sabar jer lah,.....aku pasti..kalau aku sabar..pertolongan Allah pasti ada...Amin.
Friday, May 1, 2009
Saturday, April 25, 2009
13 wasiat Rasulullah kepada Ali
umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan
bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.
Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu
menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.
Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin
dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang
beriman.
Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:
Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah,
Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"
1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai
kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain
separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).
2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya
itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.
3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar:
"Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya
tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku,
sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan
Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".
4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka
dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan
muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu
berkat dan kizb (dusta) itu celaka.
5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang
berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di
pintu syurga.
6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali
dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah
tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.
7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah
mendatangkan rezeki engkau setiap hari.
8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan
sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.
9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu
menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat
kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak
dicolek selepas makan.
10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau
dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah
diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.
11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri
engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.
12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri
saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri
saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau
dikasihi seluruh isi langit dan bumi.
13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli
rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan,
nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.
Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.
InsyaAllah
Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing.
Posted by Amy Humairah at Saturday, April 25, 2009 0 comments
Doa Cinta
"Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidakmelebihi cintaku pada-Mu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semua.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidakberpaling pada hati-Mu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yangmerindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itumelebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cintapada-Mu,telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwahpada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah ya Allahikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilahhati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dadakami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu... . ameen Ya Robb...
"AKU CINTA PADA MU KERANA DUA SISI CINTA... AKU CINTA AKAN DIRIMU.. AKUSELALU MENGINGATI MU,BUKAN YG SELAIN MU ..ADAPUN CINTA KERANA ENGKAU PATUT DICINTAI ..AKU TIDAK MENGETAHUI ALAM SEBELUM AKU TAHU AKAN DIRI MU ..TIADAPUJI DALAM HAL INI, DAN ITU BAGI DIRI KU.. TETAPI.. PUJI DALAM HAL INI, DAN ITU ADALAH HANYA UNTUK MU.. YA RABB"
Posted by Amy Humairah at Saturday, April 25, 2009 0 comments
Amanat seorang Kekasih Allah.
1.Hendaklah banyak dan selalu bersembahyang sunat Taubat setiap kali atau sebaik sahaja melakukan dosa atau ketika merasa diri berdosa.Bertaubat hendaklah bersungguh-sungguh dan menangislah, sebaik-baiknya sehingga mengeluarkan air mata, berasa takut dengan azab Allah yang Maha dahsyat itu.
2. Banyakkanlah menangis dan mengadukan hal kepada Allah kerana mengenangkan dosa.
3. Bermunajatlah (berdialoglah) secara langsung dengan Allah di waktu sendirian ketika sunyi (di tempat sunyi) kerana cara itu hijab dengan Allah itu terbuka.
Dalam munajat itu mintalah supaya mati dalam di dalam beriman dan Islam dan supaya Allah membantu kita yang lemah ini.
4.Hendaklah menjauhi semua perkara yang haram dan makruh sama ada perkara zahir mahupun batin.
5.Sentiasalah dalam berkeadaan berwudhuk. Sekiranya terbatal, maka diambil semula. Orang yang berhadas, walaupun hadas kecil (tidak berwudhuk) akan terhijab dirinya daripada Allah.
6. Jangan menggunakan lidah untuk perkataan yang sia-sia. Hendaklah lidah dibasahi dengan selawat lantaran rindu kepada Rasulullah SAW. Sesiapa yang selalu berselawat kerana rindu kepada Rasulullah SAW, barulah Rasulullah
SAW akan rindu kepadanya. Sesiapa yang mencintai Rasulullah SAW, maka Rasulullah SAW pun akan cinta kepadanya dan di akhirat baginda akan memberikan syafaat.
7. Perbanyakkanlah sembahyang sunat Dhuha kerana ia boleh menenangkan hati. Setelah sembahyang Dhuha ikutilah pula dengan membaca Al-Quran. Bacalah Al-Quran sebanyak mungkin yang kamu termampu.
8. Hendaklah redha dengan Allah. Sesiapa yang tidak redha dengan Allah, maka di dalam hadis Qudsi, Allah telah mencabar supaya mencari Tuhan lain selain daripada-Nya. Hendaklah redha dengan Rasulullah SAW dan rasul-rasul yang lain.
9.Jangan tidur di waktu malam. Hidupkan malam dengan beribadah kepada Allah, munajat, mengenang dosa dan bertaubat sebanyak-banyaknya. Sesiapa yang tidur banyak di waktu malam bererti dia lalai daripada mengingati Allah.
Malam adalah masa yang terbuka hijab di antara hamba dan Allah.
10. Hati kita jangan dibiarkan lalai, hendaklah sentiasa beristighfar, bertasbih dan berwirid.
11.Jangan berhutang. Kalau berhutang, jelaskan segera walaupun 10 sen. Kerana sesiapa yang mati walaupun mati syahid, sedang dia menanggung hutang, maka ia tidak akan dapat masuk syurga.
12.Sentisalah ingat akan mati kerana orang yang ingat mati dekat dengan Allah.
13. Hendaklah bersangka buruk dengan diri sediri, dan bersangka baiklah dengan orang lain (sahabat).
14. Redhalah dengan sebarang takdir ketentuan Allah yang menimpa sama ada perkara itu baik atau buruk.
15. Suami adalah perantaraan (pembawa) isteri ke syurga. Oleh itu taatlah kepada suami bersungguh-sungguh. Semoga nanti dapat masuk syurga di mana yang dikehendaki. Kalau bersalah dengan suami walaupun kecil, bersegeralah minta maaf. Sentiasalah bermanis muka dan memberikan senyuman mesra kepada suami. Jangan melakukan perkara yang boleh menyentuh dan menyinggung hati suami.
16. Setiap kali mengakhiri doa, akhirilah dengan berdoa untuk semua guru-guru kamu.
Posted by Amy Humairah at Saturday, April 25, 2009 0 comments
Doa seorang Perindu
Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat PadaMu
Tuhan ku mohon segala
Posted by Amy Humairah at Saturday, April 25, 2009 0 comments
PEning-pening
hairan aku dr semalam aku nak study aku x dapat study...aku layan movie jak..tp hati x tenang juga..napa lah macam nie..tp tak pa..hari nie aku pasti akan terus belajar..aku cari supervisor aku...aku x jumpa2x..tak tau dia p mana tau..
27 April...
Rindu padanya..semoga Allah menguatkan hatiku...mungkin aku boleh di samakan dengan tajuk lagu atau movie "sepi"..bila aku boleh menemui kebahagian....ya Allah..aku redha dengan kehendak mu..hari ini aku berpuasa agar aku bisa menahan rindu padanya...dan memohon ampun padamu ya Allah...
Posted by Amy Humairah at Saturday, April 25, 2009 0 comments
Friday, April 24, 2009
AKU MASIH DISINI..

Hari ini,aku berangan2x lagi untuk menjadi pompuan soleha huhuhU...tp,bila aku fikir balik..susah sangat2x..aku tak cukup amal pun untuk jadi pompuan soleha yang sentiasa dekat kepada Allah....kadang2x solat subuh terlepas..aku malu betul ngan TUHAN...hal lain pulak...aku nie masih nak enjoy..(SIAPA TAK SUKA ENJOY KN)..umur pun masih muda lagi nie...tp,enjoy2x pun jangan di lupa pesan Allah kepada kitapahala dan dosa..syurga dan neraka...dalam enjoy biar kita ingat batas2x pergaulan dalam islam...enjoy dari aspek..bukan meruntuhkan moral,etika,maruah dan agama..tp,hanya untuk mencari hiburan yang tidak melampau2x sehingga ciri2x ke islaman di lupakan....contohnya macam aku nie..aku x tau lah masih minat dengan sukan bermotor..daki gunung,camping,picnic..lau nak jadi pompuan soleha kn kena lupakan "MOTOR"..aku tak boleh lah huhuhu...So,enjoy biarlah berpada2x...
CINTA???kuang3x..aku malas nak sebut hal nie..kadang2x dunia nie pelik sangat2x.."bila kita suka seseorang...tp orang lain tak suka,tp bila orang lain suka kita,kita pulak tak suka"Paling sakit kalau kes "Tepuk sebelah tangan"Lau tepuk amai2x belalang kupu2x...x pa lah kn hehehee..suka lagi aku..erm..dah dua hari aku sedih jak..entah lah kenapa...selalunya aku post blog malam2x nie lak siang2x huhuhu...aku rindukan dia...tp,tak perlulah heboh2x kalau rindukan seseorang..diam2x jak lah..luahkn ngan Tuhan jak lah....kadang2x kita tak sedar bila mencintai seseorang...tp,bila dia dah pergi dan tiada di depan mata..baru lah kita sedar...akan kehilangan seseorang...yang kita sayang...baru lah kita mahu hargai mereka dan menyesal sangat...tp tak mengapalah..bagi mereka yang tak dapat mencari cinta..redha dengan segalanya..cinta tak boleh dipaksa..kembali kepada Tuhan...aku pelik..sudah 2 tahun aku solat Istiqarah...untuk mencari cinta aku..tp..belum ada petunjuk lagi..mungkin Allah mahu aku bersabar...dan aku yakin..walaupun aku pernah kecewa dalam CINTA..aku akan berusaha mencari...Lelaki...yang aku Pinjam Tulang Rusuknya...Kalau Lelaki tahu aku Tulang Rusuknya..dia akn berusaha mencari ku dan pasti dia tahu akulah jodohnya..cinta sejatiku hanya untuk bakal suamiku..(Siapalah tu ya huhuhu) ..chewah...jiwang karat lak aku hehheehee
Hidup aku pelik,dulunya aku seorang Tomboy(Trauma dgn kisah waktu kecil)..aku mencari Identiti aku yang sebenarnya..umur 11 tahun aku selalu tanya diri aku.."Pompuan ker aku??lelaki ker aku?"Tp mak n bapa selalu cakap aku pompuan...huhuhu(Mcm bdoh jer aku time 2,lambat matang)...aku dipindahkn sekolah oleh mak n bapa...dulunya aku di Sandakan...dr kecil Duduk bandar..Kampung aku langsung x kenal..Bapa keja kat Kunak..Ketika ini lah Allah membuka pintu hatiku...aku menemui seorang kawan yg sangat lemah lembut..aku tertarik dengan nya..jika dulu aku setia dengan TOPI N BOLA SEPAK...tp kini aku dah mula tertarik main engkek2x hheehehe..aku dpt rasa suasana Kg dah..aku dah mula pakai tudung..walaupun Family aku kategori..(????)..TP,dorang tak pernah paksa..kami adik bradik...dalam memilih pakaian..tp,Alhamdulillah...kami sedar sendiri..mungkin sebab subuh2x bapa dah kejut solat,pastu kena bekumpul depan TV dengar Kuliah Subuh huhuhu..yg Paling dasyat masuk jer bulan Ramadhan..di wajibkan Tamat Al-Quran.. sekarang nie..aku dah pandai berbaju kurung,pakai make-up heehehe,pandai masak (mASAK Manggie) huhuhu....
Aku selalu dpt status "Orang baik"aku tak baikpun seperti..orang fikirkn..kadang2x dengan status aku tuh..orang takut nak ajak aku kuar jalan2x..so,terpaksalah aku teperuk kat kampus..lau tak pun buat Program...tp best lagi buat program..dpt..p luar negara n daerah2x n pulau2x..so aku nie..selama study kat UNIVERSITI..betul lah aku cuma "ENJOY IN CAMPUS"...tp,lau orng selalu cakap berulang,kita nie baik..bermakna betul kot aku baik hehehee....aku pun banyak kelemahan n kekurangan..manusia yang baik..maksudnya..orng yang tak pernah berbuat dosa..aku nie..erm...bayak dosa dah..salah satunya..lau datang...gila2x tuh..pandai juga mengutuk orang heheehehe....ops!!!pecah tembelang wakakakaa..
Posted by Amy Humairah at Friday, April 24, 2009 0 comments
