CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 2, 2009

Nak masuk tahun baru...

Ari nie aku bosan sangat2x..kemarin pergi Interview..semua aku x mau buat..kenapalah aku takut..ada pulak keja yang aku tak minat..jadi aku malas lah dan berusaha untuk cari kerja lain......

Saturday, August 1, 2009

Jumpa Kawan Baru..

Kemarin aku p bandar ambil report aku di Sabindo..jd sementara menunggu buku nie aku pergi lah tempat kawan aku yang baru..nama dorang..entah aku lupa udah...tp abg dia ada buka cyber cafe...aku suka tengok dorang adik beradik.....rapat sangat2x...macam kawan..aku tak sangka gak dorang adik beradik..bertapa bertuahnya lau masuk dalam family dorangkn...dorang nie rapat...aku nie...family aku..meng lah besar..tp jarang sangt2x berkumpul..lau bekumpul pun..time raya jak..huhuhuhu....
Lagi....aku tau lah napa aku boleh panik depan dorang adik beradik nie...aku problem tul...apa aku buat semua x menjadi ahahahaa....semua benda aku lupa..aku fikir report aku jak kot..sampai ketahap...benda lain aku abaikn..bayangkan jak lah..barang yg aku pegang semua hilang,jatuh n len2x....tp nasib baik lah..waktu aku panik dorang adik beradik nie banyak bantu aku..lau dorang x da..aku x tau lah apa jadi ngan report aku...x pasal2x aku boleh nangis lau x da dorang bantu...
Sekarang baru aku dapat sedar lelaki nie..jenis yang tenang lau berdanding perempuan....apa yang aku pelik sebelum nie..aku bukan lah seorang yang panik,gelabah,penakut,..tp masa wat final report nie..kepalaku nie..terganggu jak...padahal sebelum nie..aku selalu di gelar perempuan berfikiran matang, kendiri, yakin pada diri sendir dan jarang minta bantuan orang lain....mungkin Allah s.w.t nak uji aku kn... lagi...aku x sangka yg sorang tu..belajar kat Mosco...bijak gak dia ar...semoga Allah memberkatinya dn boleh enjadi Doktor yang baik...Amin...lagi satu..adik dia ckp..cinta dia d permainkan...so,sabar jak lah..cinta x semestinya memiliki...baik cari cinta pd Allah..n lau nak sangat kawin udah..wat lah solat istiqarah...mudah2xan Allah tunjukkn ..n kita p cari lah..huhuhu

Kemarin dorang adalah cerita bab2x cinta lah..alamak...urg..tetiba aku x tertarik ngan cerita dorang..sebut jak bab cinta nie.....adeh..aku trus x suka cerita bah..tekanan..cukup lah sekali jak seumur hidupku di sia2xkn...adeh..padahal baiknya udah aku nie....aku x tau lah lelaki sekarang nie....mau yang seksi2x n tau menggoda jak bah...selama aku hidup...aku jumpa lelaki yang x matang jak...cinta..entahlah aku x berminat bah...Kawin???aku berserah kepada Allah s.w.t..sesungguhnya Allah dah mengatur yang terbaik untuk hambanya..kita sebagai manusia nie...cuma perlu bersyukur dan buat ibadah banyak2x...ya Allah..berkatilah hidup ku..Amin.

Friday, July 31, 2009

Kembali Ketanah Air

Sekarang aku di Tawau dah nie terasa hati nie tenang sangat2x....hilang dari semua masalah..cuma tgal satu jak...aku mau cari keja/...keja apapun..aku mau juga x kisah lah..keja apa pun..yg penting keja..aku nak...jadi kerani pun jadilah...tp, kadang2x,...aku takut bah..entah lah...egh....hal cinta lak,,...InsyAllah....aku x kan bercinta lagi.....aku hanya tgu jodoh aku jak..aku serah pd Allah....

Monday, July 20, 2009

ada apa2x aja/...

hari ini minggu aku last praktikal.........sedih mau habis praktikal tau heeheheheheee...enthalah kemapa mcm nie wakakakakaakaa

Friday, May 1, 2009

Awal-awal pagi

hari nie aku bangun awal sangat2x nie...selalunya habis jer solat subuh aku pergilah..sambung tidur..tapi hari nie...aku,yati,jun,katy n babu..pergi mandi laut..jam6 pagi lagi kami mandi..sejuk sangt2x tau...ombak hari nie kuat sangat2x..aku hampir2x jer lemas..bila tengok ombak besar..kami berenti mandi....dan pergi gerai...gerai dekat pantai..x sangka lak...doranga ada jual nasi lemak..sedap..laupun kami dalam basah2x nie..kami x kisahpun..yang penting enjoy...ehehehe...cerita punya cerita...ada lah dengar khabar angin "Datang tulis nama,anda akan dpt RM10"apa lagi kami pergilah kat podium..dengan baju basah2x,dengan badan dah begetah2x akibat air masin huhuhu..sampai jer kami kat sana...nak tau apa yg ber laku???ada notis dalam inglish..tp aku translit lah pergi bahasa melayu yer..dia cakap"Datang lah,kami jamin kmu akan selamat dan tak akan mati" heheehehe...kami tak jadi lah nak daftar nama..alamatnya dalam minggu nie..aku makan MAGGIE jer lah..duit aku betl2x dah finish nie...nak minta ngan family malu sangat2x..bukan nya apa..baru2 nie cermin mata aku rosak..so,kena beli lah yang baru Rm200 keatas.....mana nak bayar strimix Rm 90..HUHUHUHU...susahnya nak cari duit..sabar jer lah,.....aku pasti..kalau aku sabar..pertolongan Allah pasti ada...Amin.

Saturday, April 25, 2009

13 wasiat Rasulullah kepada Ali

RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan
umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan
bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.

Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu
menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.

Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin
dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang
beriman.

Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah,
Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"

1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai
kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain
separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).

2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya
itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar:
"Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya
tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku,
sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan
Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".

4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka
dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan
muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu
berkat dan kizb (dusta) itu celaka.

5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang
berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di
pintu syurga.

6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali
dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah
tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah
mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan
sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu
menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat
kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak
dicolek selepas makan.

10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau
dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah
diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri
engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri
saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri
saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau
dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli
rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan,
nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.
InsyaAllah


Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing.

Doa Cinta

"Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidakmelebihi cintaku pada-Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semua.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidakberpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yangmerindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itumelebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cintapada-Mu,telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwahpada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah ya Allahikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilahhati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dadakami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu... . ameen Ya Robb...

"AKU CINTA PADA MU KERANA DUA SISI CINTA... AKU CINTA AKAN DIRIMU.. AKUSELALU MENGINGATI MU,BUKAN YG SELAIN MU ..ADAPUN CINTA KERANA ENGKAU PATUT DICINTAI ..AKU TIDAK MENGETAHUI ALAM SEBELUM AKU TAHU AKAN DIRI MU ..TIADAPUJI DALAM HAL INI, DAN ITU BAGI DIRI KU.. TETAPI.. PUJI DALAM HAL INI, DAN ITU ADALAH HANYA UNTUK MU.. YA RABB"

Amanat seorang Kekasih Allah.

1.Hendaklah banyak dan selalu bersembahyang sunat Taubat setiap kali atau sebaik sahaja melakukan dosa atau ketika merasa diri berdosa.Bertaubat hendaklah bersungguh-sungguh dan menangislah, sebaik-baiknya sehingga mengeluarkan air mata, berasa takut dengan azab Allah yang Maha dahsyat itu.

2. Banyakkanlah menangis dan mengadukan hal kepada Allah kerana mengenangkan dosa.

3. Bermunajatlah (berdialoglah) secara langsung dengan Allah di waktu sendirian ketika sunyi (di tempat sunyi) kerana cara itu hijab dengan Allah itu terbuka.
Dalam munajat itu mintalah supaya mati dalam di dalam beriman dan Islam dan supaya Allah membantu kita yang lemah ini.

4.Hendaklah menjauhi semua perkara yang haram dan makruh sama ada perkara zahir mahupun batin.

5.Sentiasalah dalam berkeadaan berwudhuk. Sekiranya terbatal, maka diambil semula. Orang yang berhadas, walaupun hadas kecil (tidak berwudhuk) akan terhijab dirinya daripada Allah.

6. Jangan menggunakan lidah untuk perkataan yang sia-sia. Hendaklah lidah dibasahi dengan selawat lantaran rindu kepada Rasulullah SAW. Sesiapa yang selalu berselawat kerana rindu kepada Rasulullah SAW, barulah Rasulullah
SAW akan rindu kepadanya. Sesiapa yang mencintai Rasulullah SAW, maka Rasulullah SAW pun akan cinta kepadanya dan di akhirat baginda akan memberikan syafaat.

7. Perbanyakkanlah sembahyang sunat Dhuha kerana ia boleh menenangkan hati. Setelah sembahyang Dhuha ikutilah pula dengan membaca Al-Quran. Bacalah Al-Quran sebanyak mungkin yang kamu termampu.

8. Hendaklah redha dengan Allah. Sesiapa yang tidak redha dengan Allah, maka di dalam hadis Qudsi, Allah telah mencabar supaya mencari Tuhan lain selain daripada-Nya. Hendaklah redha dengan Rasulullah SAW dan rasul-rasul yang lain.

9.Jangan tidur di waktu malam. Hidupkan malam dengan beribadah kepada Allah, munajat, mengenang dosa dan bertaubat sebanyak-banyaknya. Sesiapa yang tidur banyak di waktu malam bererti dia lalai daripada mengingati Allah.
Malam adalah masa yang terbuka hijab di antara hamba dan Allah.

10. Hati kita jangan dibiarkan lalai, hendaklah sentiasa beristighfar, bertasbih dan berwirid.

11.Jangan berhutang. Kalau berhutang, jelaskan segera walaupun 10 sen. Kerana sesiapa yang mati walaupun mati syahid, sedang dia menanggung hutang, maka ia tidak akan dapat masuk syurga.

12.Sentisalah ingat akan mati kerana orang yang ingat mati dekat dengan Allah.

13. Hendaklah bersangka buruk dengan diri sediri, dan bersangka baiklah dengan orang lain (sahabat).

14. Redhalah dengan sebarang takdir ketentuan Allah yang menimpa sama ada perkara itu baik atau buruk.

15. Suami adalah perantaraan (pembawa) isteri ke syurga. Oleh itu taatlah kepada suami bersungguh-sungguh. Semoga nanti dapat masuk syurga di mana yang dikehendaki. Kalau bersalah dengan suami walaupun kecil, bersegeralah minta maaf. Sentiasalah bermanis muka dan memberikan senyuman mesra kepada suami. Jangan melakukan perkara yang boleh menyentuh dan menyinggung hati suami.

16. Setiap kali mengakhiri doa, akhirilah dengan berdoa untuk semua guru-guru kamu.

Doa seorang Perindu

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Dia milikku, tercipta untuk diriku

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat PadaMu
Tuhan ku mohon segala

PEning-pening

hairan aku dr semalam aku nak study aku x dapat study...aku layan movie jak..tp hati x tenang juga..napa lah macam nie..tp tak pa..hari nie aku pasti akan terus belajar..aku cari supervisor aku...aku x jumpa2x..tak tau dia p mana tau..

27 April...
Rindu padanya..semoga Allah menguatkan hatiku...mungkin aku boleh di samakan dengan tajuk lagu atau movie "sepi"..bila aku boleh menemui kebahagian....ya Allah..aku redha dengan kehendak mu..hari ini aku berpuasa agar aku bisa menahan rindu padanya...dan memohon ampun padamu ya Allah...

Friday, April 24, 2009

AKU MASIH DISINI..


Hari ini,aku berangan2x lagi untuk menjadi pompuan soleha huhuhU...tp,bila aku fikir balik..susah sangat2x..aku tak cukup amal pun untuk jadi pompuan soleha yang sentiasa dekat kepada Allah....kadang2x solat subuh terlepas..aku malu betul ngan TUHAN...hal lain pulak...aku nie masih nak enjoy..(SIAPA TAK SUKA ENJOY KN)..umur pun masih muda lagi nie...tp,enjoy2x pun jangan di lupa pesan Allah kepada kitapahala dan dosa..syurga dan neraka...dalam enjoy biar kita ingat batas2x pergaulan dalam islam...enjoy dari aspek..bukan meruntuhkan moral,etika,maruah dan agama..tp,hanya untuk mencari hiburan yang tidak melampau2x sehingga ciri2x ke islaman di lupakan....contohnya macam aku nie..aku x tau lah masih minat dengan sukan bermotor..daki gunung,camping,picnic..lau nak jadi pompuan soleha kn kena lupakan "MOTOR"..aku tak boleh lah huhuhu...So,enjoy biarlah berpada2x...
CINTA???kuang3x..aku malas nak sebut hal nie..kadang2x dunia nie pelik sangat2x.."bila kita suka seseorang...tp orang lain tak suka,tp bila orang lain suka kita,kita pulak tak suka"Paling sakit kalau kes "Tepuk sebelah tangan"Lau tepuk amai2x belalang kupu2x...x pa lah kn hehehee..suka lagi aku..erm..dah dua hari aku sedih jak..entah lah kenapa...selalunya aku post blog malam2x nie lak siang2x huhuhu...aku rindukan dia...tp,tak perlulah heboh2x kalau rindukan seseorang..diam2x jak lah..luahkn ngan Tuhan jak lah....kadang2x kita tak sedar bila mencintai seseorang...tp,bila dia dah pergi dan tiada di depan mata..baru lah kita sedar...akan kehilangan seseorang...yang kita sayang...baru lah kita mahu hargai mereka dan menyesal sangat...tp tak mengapalah..bagi mereka yang tak dapat mencari cinta..redha dengan segalanya..cinta tak boleh dipaksa..kembali kepada Tuhan...aku pelik..sudah 2 tahun aku solat Istiqarah...untuk mencari cinta aku..tp..belum ada petunjuk lagi..mungkin Allah mahu aku bersabar...dan aku yakin..walaupun aku pernah kecewa dalam CINTA..aku akan berusaha mencari...Lelaki...yang aku Pinjam Tulang Rusuknya...Kalau Lelaki tahu aku Tulang Rusuknya..dia akn berusaha mencari ku dan pasti dia tahu akulah jodohnya..cinta sejatiku hanya untuk bakal suamiku..(Siapalah tu ya huhuhu) ..chewah...jiwang karat lak aku hehheehee

Hidup aku pelik,dulunya aku seorang Tomboy(Trauma dgn kisah waktu kecil)..aku mencari Identiti aku yang sebenarnya..umur 11 tahun aku selalu tanya diri aku.."Pompuan ker aku??lelaki ker aku?"Tp mak n bapa selalu cakap aku pompuan...huhuhu(Mcm bdoh jer aku time 2,lambat matang)...aku dipindahkn sekolah oleh mak n bapa...dulunya aku di Sandakan...dr kecil Duduk bandar..Kampung aku langsung x kenal..Bapa keja kat Kunak..Ketika ini lah Allah membuka pintu hatiku...aku menemui seorang kawan yg sangat lemah lembut..aku tertarik dengan nya..jika dulu aku setia dengan TOPI N BOLA SEPAK...tp kini aku dah mula tertarik main engkek2x hheehehe..aku dpt rasa suasana Kg dah..aku dah mula pakai tudung..walaupun Family aku kategori..(????)..TP,dorang tak pernah paksa..kami adik bradik...dalam memilih pakaian..tp,Alhamdulillah...kami sedar sendiri..mungkin sebab subuh2x bapa dah kejut solat,pastu kena bekumpul depan TV dengar Kuliah Subuh huhuhu..yg Paling dasyat masuk jer bulan Ramadhan..di wajibkan Tamat Al-Quran.. sekarang nie..aku dah pandai berbaju kurung,pakai make-up heehehe,pandai masak (mASAK Manggie) huhuhu....
Aku selalu dpt status "Orang baik"aku tak baikpun seperti..orang fikirkn..kadang2x dengan status aku tuh..orang takut nak ajak aku kuar jalan2x..so,terpaksalah aku teperuk kat kampus..lau tak pun buat Program...tp best lagi buat program..dpt..p luar negara n daerah2x n pulau2x..so aku nie..selama study kat UNIVERSITI..betul lah aku cuma "ENJOY IN CAMPUS"...tp,lau orng selalu cakap berulang,kita nie baik..bermakna betul kot aku baik hehehee....aku pun banyak kelemahan n kekurangan..manusia yang baik..maksudnya..orng yang tak pernah berbuat dosa..aku nie..erm...bayak dosa dah..salah satunya..lau datang...gila2x tuh..pandai juga mengutuk orang heheehehe....ops!!!pecah tembelang wakakakaa..

Thursday, April 16, 2009

HE21 PARTY




15 MEI kami buat BBQ kat pantai UMS nie...walaupun student tahun 3 nie sikit jer yg datang tp kami tetap enjoy..aktiviti2x yg berlangsung kemarin seperti tiup belon sampai pecah,bola tampar pantai,tarik tali, mandi laut n bakar2x ayam huhuhu..kenyang nya malam tu...jum bercerita ek..petang tu kami ikut semua aktiviti tiup belon aku dpt no3 jak..tp x pa yg penting dpt hadiah hehehe..lepas tu kitorang nak mandi laut..tengah syok2x nak mandi..tetiba obor2x menyerang kami...tidak....mandi terpaksa kami batalkn dan main permainan lain...paling syok bila kami mula tanam boy n Dila kat pasir...malam nya pulak..dah ramai dah...yg datang join...tp betul2x suram lah..masaing2x bawa haluan...pas tu mula lah..dorang buat mainan lain..."kotak beracun n penyakit berjangkit"mainan nie lucu sangat terutama bila tengok reaksi Bards,Boy dn Diyas...betul2x sporting lah huhuhu...jam 10mlm gitu dah ramai dah balik kami masih stay lagi kat pantai..nie dia party gila2x..masa nie..pantai macam tempat "Clubbing jer" menari ,joget semua ada..aku nie ikut tergelak jak lah...

Wednesday, April 15, 2009

Bus number 4




7 april 09..masa nie hari jadi aku tp aku x sambutpun..n petang 2 aku x p semua kelas huhuhu..sebelum balik tu..aku sempat posing ngan c jun n Ina..hehehe...segala fesyen pun terkeluar...terasa berat nak tinggalkn Labuan nie....nak cerita nie..BUS NO4 ni..bagi kami student UMS Labuan nie..cukup bererti jika di banding kan dengan bus UMS...yer lah bus nie jer lah yg hantar kami pergi bandar dan balik kampus huhuhuu.....lau x da duit guna kupon jak utk pergi town...masa nie lucu sangat2x semua part kami ambil kat luar Ujana Kewangan....sampai panjat pokok nie..koz nak gambar pokok di Labuan hehee..jejaka dua orng tu pulak..satu program ngan kitorang..dorang x perasan tu aku ambil gambr dorang..kusyuk bercerita entah apa jak dorang cerita..huhuhu...

Tuesday, April 14, 2009

Mengantukk

nak tidur....selamat malam semua

kita kongsi bersama




kenangan terindah,susah,senang n sedih semua di kongsi bersama..cuma kadang2x ada gak masalah timbul antara kami..tp Alhamdulillah boleh kami selesaikn ngan cara yg baik2x terutama lau ada masalah "salah faham"almaklum lah dlm bersahabat nie mesti banyak dugaan kan...nie lah member2x aku..yg sanggup berlapar bersama..terutama lau dah x da duit..erm..sardin jer lah kami layan ngan nasi..huhuhu..


.nurul,yana,jun n saly seorang budak cina..yg selalu pergi bilik kami...hehehe..dia tuh lucu sangat2x...selalu juga lak aku buli..tp buli2x sayang lah hehehe..gambar yg aku letak nie waktu..hari persekutuan Labuan..masa nie kitorang terpaksa tidur kat luar koz..kampus dah kena kunci dan terpaksa balik ke rumah pakcik jam3 pagi dan selebihnya tidur kat KFC jer lah...nie lah pertama kali kitorang kuar malam tak balik2x..tp aku happy gak malam nie koz...kami sempat ke masji Labuan untuk solat subuh...moga2x korang nurul,yana,jun n sally...biarlah kita jd sahabat sampai bila2x ar..termasuk lah sahabat2x aku yg lain macam yati n ochie n weli..

Monday, April 13, 2009

ceria n abadi selamanya



Dekat2x exam nie...mula lah cari ketenangan yg di harap2x kn....so,macam biasalah di kampus ku yg amat di cintai ini...kalau boring jak..kaki pasti melangkah ke pantai samada pergi jogging,pergi mandi laut @ pergu makan kat gerai2x...di tepi pantai..aku nak tunjuk gambar yg aku ambil..riaksi shbt aku yati..bergambar terbang hehee..comel muka dia kn...betul2x x pijak tanah hehehe...


aku pun cuba nak lompat macam yati tp tak kesampaian..dorang tak reti nak tangkap gambar..macam biasalah bab2x gambar nie..memang aku lah selalu jadi mangsa..kononnya gambar yg aku ambil semua cantik2x belaka n macam profesional lah katakan hehehe..itu kwan cakap tau hehehe...

aku ngan yati nie..kawan baik dari tahun 1 lagi..buat program selalu sama2x..kadang2x kami tidur sekatil tau..huhuhu..yati nie baik sangat2x lau aku sakit dia mesti bantu aku...dia kawan yg baik..yati lau ko baca blogku nie jangan lak ko trus minta puji ya..heheehe..mcm ochie juga lah kwn dr tahun 1 hhee..dia lah sahabat aku yang paling manja..hehehe...tp apa2x hal pun thanks atas jasa mu selama nie..

Jogging kat Pantai UMS-KAL


nie dia kenangan aku ngan best friend aku..kaki jogging...tengok jak jam tangan 5.15 pm..mulalah ym bunyi '' Buzz" JOM P JOGGING...rasa sedih lak bila ingat perkataan tuh....kn..yer lah x lama lagikn dah nak..tamat study n mesti aku dah tak dapat nak jogging kat pantai lagi..pas ni mesti busy ngan kerja aku jak kn huhuhu..kerja..kerja..kerja...semua kerja...
yg best gak kat UMS Nie bila petang jak..boleh lah pergi pantai makan2x...kan ada gerai kat bawah tuh...sebenarnya tarikh dalam gambar tu salah...kitorang lupa nak set tarikhnya..padahal bulan lalu jer kitorang bgambar tuh hehee

3 april Last Dinner

ini adalah dinner kami yg terakhir di UMS -KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN...kenangan indah2x semua ada di labuan..cinta sangat2x ngan University ku nie...mlm time dinner nie best n enjoy dengan aku yg terlalu banyak kawan n boleh di kata semua tempat aku pergi heheehehe..malam tu aku ngan boy di pilih tuk sampaikan anugerah tuk pensyarah paling popular..yg tak tahan tu..bila gambar aku ngan boy masuk surat khabar 'Utusan Borneo" malam tuh..mula2x aku rasa sunyi jak...tapi lama2x kisah syok juga lah walaupun program malam tu aku rasa x menjadi..huhuhuu...party malam tu akan menjadi kenangan abadi dalam hidup amy nie...kenangan ngan sahbt2x aku n kawan2x yang lain.
.

kenangan di Brunei



Ni kenangan kat Brunei..memang best sangat2xdengan sikap orng2x brunei nie semua baik2x terutama tempat kitorang tinggal selama kami di Brunei

seronok sangat time nie...terutama jalan ngan kawan2x yg satu kepala
enjoy lah...kami berpeluang ke University Brunei,muzium,air terjun,kg air,masjid Emas n lain2x kenangn yg x boleh lupa sy pertama kali makan nasi katok n ambuyat..sedap juga walaupun pertama kali makan...dan xyg x boleh lupa bila aku asyik2x cari bus Brunei nie..yer lah aku x sangka lak kat Brunei nie kurang sangt2x kenderaan awam...
Buat member2x yg sama2x p Brunei..best sangat ngan korang..semoga kenangan kita semua akan sentiasa di ingati sampai bila2x n..lau dah habis study nie..sila-sila lah..kontek aku ya hehehee miss u all

Nak exam

sakit kepala mau exam nie..kadang2x x tau apa nak wat..ari nie pagi2x lagi aku sakit perut n x p klas..time sekarang baru nak sakit..x tau lah..ni lah cubaan lau nak exam..penyakit semua datang..cuma aku mampu bersabar jak lah...

Friday, April 10, 2009

CINTA



  • Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo’akannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.
  • Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …
  • Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.
  • Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
  • Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
  • Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. INGAT CERITA “LOVE IS CINTA!”
  • Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia tersebut.
  • Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.
  • Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
  • Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
  • Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk mengetahui baahwa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
  • Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi.
  • Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
  • Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.
  • Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.
  • Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
  • Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
  • Lemparkan seorang yang bahagia dalam percintaan ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
  • Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing.
  • Cinta adalah keabadian … dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki. Tetapi jika ianya pahit, lupakanlah segera!!
  • Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.
  • Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.
  • Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui didalam dirinya.
  • Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.
  • Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
  • Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
  • Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Friday, March 20, 2009

Motivation



Anda menghadapi masalah peribadi??
Keliru dalam Hidup???
Mencari pandangan???
Mahu menjadi kawan sy???
Malu nak kongsi masalah ngan orng lain???
KoNgsilah ngan sy..segala rahsia tengtang anda akan dirahsiakn...
Jangan biarkan kepala anda sakit...
Apa yang termampu akan sy bantu...